BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA
Latar Belakang
Bahagian Pengurusan Harta telah ditubuhkan pada 1 Mac 2001 dan diletakkan di bawah Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta. Pada 1 November 2002 Bahagian Pengurusan Harta telah ditempatkan di bawah Jabatan Kejuruteraan Dan Teknikal.
Objektif
Memaksimumkan hasil sewaan dan mengekalkan nilai modal harta Majlis. Bahagian Pengurusan Harta bertanggungjawab menguruskan hasil-hasil sewaan serta penyelenggaraan ke atas semua harta-harta Majlis yang merangkumi:-
a) Pejabat-pejabat
b) Premis perniagaan/gerai-gerai
c) Pasar serta pasar borong
d) Kompleks Terminal Makmur
e) Bangunan kediaman Yang Dipertua
f) Gerai-gerai pasar
Piagam Pelanggan
- Memastikan setiap perubahan penyewa direkodkan.
- Mengeluarkan notis tuntutan sewa pada setiap 11 haribulan.
- Memberi peluang secukupnya kepada penyewa membayar mengikut tempoh yang ditetapkan.
- Memberi jaminan setiap tindakan operasi tuntutan sewa dilaksanakan dengan tegas dan bertimbangrasa.
- Memastikan premis-premis sewaan diselenggara dengan segera.
- Memastikan kerosakan-kerosakan premis dibaiki dengan segera.
- Memberi perkhidmatan pencucian yang terbaik kepada premis-premis.
Peranan dan Tanggungjawab
- Memastikan premis serta bangunan Majlis yang disewakan mendapat pendapatan yang maksimum dan menikmati kenaikan nilai modal.
- Memeriksa dan memastikan cukai tanah, premium insuran dan caj-caj lain adalah betul sebelum pembayaran dibuat.
- Memastikan keadaan bangunan serta peralatan seperti jentera/mesin dan lain-lain kemudahan dijaga supaya tidak mudah mengalami susut nilai yang tinggi dan kerosakan.
- Melindungi bangunan dengan membuat perlindungan insuran serta menilai bangunan untuk tujuan insuran.
- Membuat lawat periksa bangunan secara berkala dengan tujuan untuk memelihara dan mencegah kerosakan pada bangunan dan peralatan.
- Menyediakan spesifikasi tender untuk pembaikan bangunan,menyelia kerja-kerja pembaikan dan memeriksa bil-bil sebelum pembayaran dibuat.
- Membuat pemantauan ke atas kontraktor pembersihan dan pencucian yang membuat pencucian harta-harta Majlis.
- Menyediakan perkhidmatan yang luas tentang penjagaan dan pembersihan bangunan.
- Melaporkan kerosakan bangunan kepada Bahagian Penyelenggaraan untuk tindakan.
- Mencapai 'target' hasil keseluruhan sewaan harta MPK.
- Memastikan penyewa menjelaskan bayaran sewaan mengikut jadual.
- Mengurangkan kos perbelanjaan Bahagian.
- Memastikan tiada gerai yang kosong.
- Mempromosikan gerai-gerai yang kosong
- Mengadakan operasi kutipan sewa mengikut kawasan yang mempunyai banyak tunggakan sewa.
- Membuat semakan / kajian sewa.
- Mengenalpasti sewaan tertunggak dan tindakan susulan.
Unit Penyelenggaraan Bangunan dan Kemudahan
- Mempastikan premis serta bangunan Majlis yang disewakan mendapat pendapatan yang maksimum dan menikmati kenaikan nilai modal.
- Memeriksa dan mempastikan cukai tanah, premium insuran dan caj-caj lain adalah betul sebelum pembayaran dibuat.
- Mempastikan keadaan bangunan serta perlatan seperti jentera/mesin dan lain-lain kemudahan dijaga supaya tidak mudah mengalami susut nilai yang tinggi dan kerosakan.
- Melindungi bangunan dengan membuat perlindungan insuran serta menilai bangunan untuk tujuan insuran.
- Membuat lawatan periksa bangunan yang berkala dengan tujuan untuk memelihara dan mencegah kerosakan pada bangunan dan peralatan.
- Menyediakan spesifikasi tender untuk pembaikan bangunan,menyelia kerja-kerja pembaikan dan memeriksa bil-bil sebelum pembayaran dibuat.
- Menyediakan kawalan keselamatan yang cekap dan berkesan.
- Menyediakan perkhidmatan yang luas tentang penjagaan dan pembersihan bangunan.