BAHAGIAN PENGUATKUASAAN

Piagam Pelanggan 

  1. Menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan mengikut undang-undang dengan tegas, berhemah dan berkesan sepanjang masa.
  2. Membuat semakan tunggakan kompaun dua kali seminggu.
  3. Mengadakan kawalan keselamatan keatas bangunan-bangunan MPK pada setiap hari.

 

Latar Belakang Bahagian

Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan adalah merupakan salah satu daripada 35 Bahagian dalam struktur organisasi MPK. Bahagian ini diletakkan dibawah Jabatan Khidmat Pengurusan dan diketuai oleh seorang Ketua Bahagian yang bertanggungjawab merangka, menyelaras, mengawal dan menyemak prestasi dan keberkesanan pelaksanaan perkhidmatan yang diberi selaras dengan wawasan, matlamat dan objektif MPK.

 

Matlamat

Kearah melahir dan mewujudkan warga Kuantan yang sensitif dan patuh kepada undang-undang MPK yang dikuatkuasakan melalui bimbingan khidmat nasihat dan penguatkuasaan.

 

Motto

Tegas, berhemah dan berkesan.

 

Visi

Kearah ketidakpatuhan undang-undang sifar.

 

Fungsi Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan

  1. Mendidik secara berterusan seluruh masyarakat dikawasan MPK supaya patuh kepada segala undang-undang yang digunakan oleh MPK agar matlamat jangka panjang iaitu kearah ketidakpatuhan undang-undang sifar dapat dicapai. Kaedah yang digunakan hendaklah sentiasa dikemaskini supaya sesuai dengan keadaan semasa.
  2. Mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang melakukan kesalahan dari segi undang-undang dalam aspek aktiviti perbandaran.
  3. Membuat penilaian serta analisa terhadap keberkesanan kaedah yang digunakan dalam mendidik masyarakat terhadap pematuhan undang-undang.

     

 

 

KALENDAR KALENDAR

23 Oktober 2014
I S R K J S A
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31 1 2