BAHAGIAN AUDIT
Piagam Pelanggan
- Menjalankan audit pengurusan dan kewangan MPK secara profesional berpandukan kepada standart yang terima umun dalam tempoh 1 hingga 3 bulan.
- Mengeluarkan laporan pemerhatian audit dalam tempoh 1 bulan selepas tarikh pengauditan dibuat.
Latar Belakang
Diawal penubuhannya iaitu pada Februari 1994 unit ini dinamakann Unit Audit Dalam dan anggotanya terdiri daripada 1 orang pegawai dan 1 orang kakitangan. Pada mulanya ianya dietakkan di bawah pentadbiran Tuan Setiausaha di dalam satu sekretariat iaitu Sekretariat Korporat. Selaras dengan perubahan struktur organisasi Majlis Perbandaran Kuantan baru-baru ini, bahagian ini telah diletakkan terus di bawah pentadbiran Yang Dipertua bersama-sama dengan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, Bahagian Korporat. Bahagian Teknologi Maklumat dan Bahagian Pusat Setempat.
Objektif
- Untuk menentukan perjalanan sistem-sistem Perakaunan, Kawalan Dalaman dan Pengurusan Kewangan di setiap Jabatan/Bahagian/Unit MPK dikendalikan dengan cekap,adil dan berkesan serta mematuhi segala dasar dan peraturan terkini yang diguna pakai oleh MPK.
- Untuk menentukan fungsi-fungsi perancangan dan pengurusan Jabatan / Bahagian / Unit dilakukan ke arah pencapaian matlamat yang diasaskan kepada dasar-dasar dan objektif MPK.
Peranan dan Tanggungjawab
- Mengkaji dan menilai kesempurnaan amalan, pemakaian dan penggunaan kos prinsip perakaunan dan kawalannya yang berkesan pada kos yang munasabah.
- Menentukan setakat mana polisi-polisi, rancangan, prosedur, undang-undang, kaedah dan peraturan yang telah dipatuhi.
- Memastikan semua aset Majlis diakaun, dikawal dan dijaga.
- Menentukan keberkesanan data pengurusan Majlis.
- Menilai penjimatan, kecekapan dan keberkesanan penggunaan ke atas program dan aktiviti Majlis seperti yang dirancangkan.
- Mengkaji pencapaian objektif dan matlamat pengurusan ke atas program dan aktiviti Majlis seperti yang dirancangkan.
- Mengenal pasti masalah dan mengesyorkan langkah-langkah mengatasinya.