Pilih Saiz : Kecilkan Teks Set Semula Besarkan Teks   |    Pilihan Warna Teks : Kontra Biru Kontra Hitam Kontra Coklat Kontra Asal   |  Latarbelakang : Tukar Latarbelakang Putih Tukar Latarbelakang Kelabu Tukar Latarbelakang Hijau  
  Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
 
 
 
 
 
 

BAHAGIAN PUSAT SETEMPAT

Piagam Pelanggan

  • Memproses dan meluluskan Permohonan Pembangunan bagi Permohonan Secara Serentak di bawah konsep Bina Kemudian Jual (BKJ), Projek Impak Tinggi, Projek Pelaburan Asing serta Projek-Projek Kerajaan dalam tempoh 92 hari (3 Bulan 2 hari) dari tarikh permohonan didaftarkan .
  • Memproses dan meluluskan permohonan pembangunan bagi permohonan secara serentak di bawah konsep Jual Kemudian Bina(JKB) dalam tempoh 142 hari(4 bulan 12hari) dari tarikh permohonan didaftarkan.

 

Matlamat

  • Untuk mengurangkan kerenah birokrasi di dalam prosedur dan proses cadangan pemajuan sekaligus meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan di Pihak Berkuasa Tempatan.

 

Objektif

  • Menyelaras dan memudahcara proses kelulusan permohonan pembangunan tanah, permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah, pelan jalan dan parit serta pelan-pelan lain berkaitan cadangan pemajuan.
  • Memendekkan norma masa dan mempercepatkan proses permohonan cadangan pemajuan di bawah konsep Bina Kemudian Jual (BKJ) dalam tempoh 4 bulan dan di bawah konsep Jual Kemudian Bina (JKB) dalam tempoh 6 bulan, dan
  • Menyeragamkan prosedur dan proses cadangan pemajuan dengan mengambilkira peruntukan-peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

 

Fungsi Urusetia Pusat Setempat

  1. Menerima dan menyemak permohonan
  2. Meneliti permohonan yang diterima memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan
  3. Membuat edaran permohonan kepada jabatan-jabatan berkenaan untuk diproses dan diberi ulasan serta memantau permohonan-permohonan tersebut
  4. Memaklumkan kepada Jawatankuasa Pusat Setempat mengenai permohonan yang telah diterima
  5. Mendapatkan maklumbalas lanjut daripada jabatan teknikal sekiranya terdapat isu dan masalah
  6. Mengumpul dan menyelaras kertas perakuan yang disediakan oleh Jabatan Perancang, Jabatan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan beserta pelan pra-perhitungan untuk diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Setempat
  7. Mengedarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat terhadap kelulusan kebenaran merancang dan pelan pra-perhitungan kepada Pentadbir Tanah bagi permohonan pembangunan tanah (124A dan 204D KTN)
  8. Bertindak sebagai urusetia mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat serta maklumbalas untuk edaran
  9. Mengumpul kertas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat untuk dimaklumkan ke Mesyuarat Majlis Penuh PBT
  10. Mengedarkan keputusan rasmi kepada pemohon, pembantah dan jabatan / agensi teknikal