JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Piagam Pelanggan
- Memastikan semua aduan kerosakan komputer akan dilayan dalam tempoh 2 jam bagi ibu pejabat dan 18 jam bagi pejabat-pejabat cawangan.
- Semua pengubahsuaian modul-modul dalam sistem aplikasi komputer yang tidak melibatkan pengubahsuaian struktur pangkalan data akan dibuat dalam tempoh 6 jam.
- Semua pengubahsuaian modul-modul dalam sistem aplikasi komputer yang melibatkan pengubahsuaian struktur pangkalan data akan dibuat dalam tempoh 2 hari bekerja.
Latar Belakang
Bahagian Sistem Maklumat ditubuhkan pada tahun 1985 di bawah Jabatan Perbendaharaan. Pada tahun 1986, ia menjadi salah satu unit di bawah Jabatan Urusetia yang kini dikenali sebagai Bahagian Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber Manusia. Namun, kini Bahagian Sistem Maklumat diletakkan di Bahagian Pentadbiran secara tersendiri.
Matlamat
Mewujudkan satu Sistem Pengurusan Maklumat yang efisien dan berkualiti yang dapat membantu pihak pengurusan dalam melicinkan pentadbiran MPK.
Objektif
- Memastikan semua sistem-sistem aplikasi dapat beroperasi dengan lancar dan memenuhi kehendak pengguna.
- Memastikan semua perkakasan berada di dalam keadaan boleh digunapakai oleh semua kakitangan tanpa sebarang gangguan.
- Memastikan tahap kemahiran dan pengetahuan kakitangan ICT sentiasa seiring dengan perkembangan teknologi semasa.
- Memastikan semua kakitangan MPK terutamanya diperingkat pentadbiran dan pengurusan mahir dan fasih dalam penggunaan IT.
Fungsi Dan Tanggungjawab
- Merancang, menyedia dan mengurus perkakasan dan perisian ICT MPK dari segi perolehan, pelupusan, penyelenggaraan, inventori dan pinjaman.
- Menjalankan kajian, perancangan, pembangunan, pelaksanaan, bantuan teknikal dan pemantauan ke atas semua keperluan sistem-sistem aplikasi jabatan / bahagian MPK.
- Merancang, melaksana, mentadbir dan memantau operasi server dan rangkaian MPK agar berada dalam keadaan selamat.
- Membantu dan menyelaras pengeluaran bil-bil, notis serta laporan-laporan berkaitan untuk kegunaan jabatan / bahagian MPK.
- Memastikan semua peraturan-peraturan keselamatan ICT dipatuhi untuk menjamin keselamatan perisian dan perkakasan.
- Menyedia dan menyelenggara ID pengguna dan akaun e-mel.
- Urusetia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT MPK, dan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ICT MPK.
- Mengurus hal-hal pentadbiran am Jabatan ICT.
Sistem Aplikasi
Senarai Sistem Aplikasi, Fungsi dan Skop Data
| Sistem Penilaian &Harta |
Menyimpan maklumat-maklumat harta dalam kawasan Majlis. Menyelenggara maklumat nilaian semula serta bantahan. | Maklumat Harta Maklumat Pemilik Harta Maklumat Penilaian |
| Sistem Cukai Taksiran |
Mengeluarkan bil-bil cukai taksiran. Menyelenggara rekod-rekod lejer individu. | Maklumat Transaksi Harta Maklumat Lejer Maklumat Bayaran |
| Sistem Pelesenan & Maklumat Perniagaan |
Menyimpan rekod-rekod pelesen dan perniagaan dalam kawasan MPK. Memproses pengeluaran lesen-lesen perniagaan dan sewa gerai. Mengeluarkan laporan-laporan berkaitan untuk pengurusan dan perancangan seperti penghutang lesen, sewa bangunan perusahaan dan lain-lain. | Maklumat Premis Perniagaan/Pemilik Maklumat Transaksi/Aktiviti Maklumat Lejer Maklumat Bayaran |
| Sistem Sewaan & Penjaja |
| Menyimpan dan menyelenggara maklumat penjaja, penyewa dan gerai-gerai MPK. | Maklumat Penjaja Maklumat Gerai/Bangunan Sewaan Maklumat Penyewa Maklumat Lejer Maklumat Bayaran |
| Sistem Maklumat Kakitangan & Perjawatan |
Menyimpan maklumat peribadi kakitangan MPK yang kemaskini. Menyimpan maklumat perjawatan seperti cuti, kursus, pencen, peperiksaan dan lain-lain Mengeluarkan laporan-laporan barkaitan perjawatan, statistik dan peribadi kakitangan. | Maklumat Peribadi Kakitangan Maklumat Perkhidmatan Maklumat Perjawatan |
| Sistem Gaji & Elaun-Elaun |
Memproses pembayaran gaji/elaun lebih masa Menyimpan maklumat-maklumat kakitangan Mengeluarkan laporan-laporan kedudukan kakitangan kenaikan gaji, tindakan tatatertib dan lain-lain | Maklumat Pendapatan & Potongan Maklumat Elaun-Elaun |
| Sistem Penyelenggaraan Kenderaan & Mesin Kecil |
Merekod segala perbelanjaan bagi sesebuah kenderaan Mengeluarkan laporan-laporan berkaitan seperti perbelanjaan penyelenggaraan, pembaikan dan lain-lain Membantu pihak pengurusan membuat perancangan dan keputusan | Maklumat Kenderaan Maklumat Mesin Kecil Maklumat Servis Maklumat Pembaikan Maklumat Kimpalan |
| Sistem Kompaun & Penguatkuasaan |
Merekod segala notis/kompaun yang dikeluarkan, kompaun yang sudah dibayar dan diambil tindakan Mengeluarkan laporan-laporan kedudukan kompaun-kompaun yang perlu dibayar dan yang belum diambil tindakan Membantu penyediaan laporan prestasi bulanan Unit Penguatkuasa | Maklumat kompaun Maklumat Notis |
| Sistem Maklumat Kawalan Letak Kereta |
Mempercepatkan dan memperkemaskan proses-proses notis Memperkemaskan lejer dan akaun pemilik kenderaan Mengesan kereta-kereta yang tidak mempunyai maklumat pemilik dengan lebih mudah Mengeluarkan laporan-laporan untuk tujuan pengeluaran dan semakan | Maklumat Pemilik Kenderaan Maklumat Peringatan Makluman Maklumat Pengeluaran Notis Maklumat Lejer Maklumat Bayaran |
| Sistem Maklumat Kutipan Harian & Penerimaan ( POS ) |
Merekod semua penerimaan hasil Mengeluarkan laporan kutipan hasil dan 'audit roll' | |
| Sistem Maklumat Aduan |
Menyediakan maklumat aduan secara sistematik dan berkesan bagi pihak pengurusan Mengeluarkan laporan-laporan terperinci dan juga ringkasan bagi Jabatan yang memerlukan Mengeluarkan laporan aduan yang tiada maklumbalas pada setiap hari Khamis (setiap minggu) | Maklumat Pengadu dan Aduan Maklumat Maklumbalas dan Tindakan |
| Sistem Maklumat Kad Kesihatan |
Menyimpan rekod-rekod pemilik Kad Kesihatan/Pengendalian Makanan Memproses pengeluaran kad Mengeluarkan laporan-laporan berkaitan | Maklumat Pemohon Kad Maklumat Pemeriksaan Maklumat Doktor Panel |
| Sistem Perniagaan Bulan Puasa |
Merekod semua peniaga-peniaga bermusim di bulan puasa Memproses permohonan dan pemilihan keputusan Mengeluarkan laporan-laporan berkaitan | Maklumat Pemohon Maklumat Lokasi Perniagaan Maklumat Penilaian Pemohon |
| Sistem Maklumat Kawalan Pembangunan |
Menyimpan maklumat pelan tambahan CFO dan lain yang berkaitan dengan Jabatan Menyediakan laporan prestasi | Maklumat Pelan Bangunan Maklumat Pelan tambahan Maklumat Kelulusan Maklumat Pelan Susunatur Maklumat Permit Bangunan Maklumat CFO |
| Sistem Sampah Dagangan |
Menyelenggara makluamt kenderaan sampah, kontraktor sampah, kutipan sampah Menyediakan laporan prestasi bulanan kutipan sampah secara keseluruhan, bagi setiap kenderaan sampah, kawasan kutipan dan lain-lain | Maklumat Kenderaan Sampah Maklumat Zon-Zon Maklumat Kontraktor Maklumat Kutipan Sampah |
| Sistem Perakaunan |
Menyimpan rekod-rekod kewangan yang kemaskini Merekod segala hasil dan perbelanjaan Membantu penyediaan anggaran belanjawan MPK | Maklumat Akuan Belum Terima Maklumat Belanjawan Maklumat Buku Vot Maklumat Buku Tunai |
Latihan Komputer
| Kursus-Kursus Yang Dianjurkan Untuk Kakitangan MPK |
| Microsoft Word 2000 |
| Microsoft Excel 2000 |
| Microsoft PowerPoint 2000 |
| Internet & E-mail |
| OpenOffice Writer 3.2 |
| OpenOffice Calc 3.2 |
| OpenOffice Impress 3.2 |
| Pengenalan Kepada Komputer |