Pilih Saiz : Kecilkan Teks Set Semula Besarkan Teks   |    Pilihan Warna Teks : Kontra Biru Kontra Hitam Kontra Coklat Kontra Asal   |  Latarbelakang : Tukar Latarbelakang Putih Tukar Latarbelakang Kelabu Tukar Latarbelakang Hijau  
  Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
 
 
 
 
 
 

JABATAN PERUNDANGAN & PENDAKWAAN

Latar Belakang Jabatan

Jabatan Perundangan dan Pendakwaan telah dinaiktaraf menjadi Jabatan pada 1 Jun 2011. Sebelum ini Jabatan ini dikenali sebagai Bahagian Perundangan dan Pendakwaan dan di dalam carta organisasi terletak di bawah Pejabat Yang Dipertua. Jabatan ini bertanggungjawab untuk menasihati Jabatan-jabatan lain berkenaan hal perundangan dan juga menjalankan pendakwaan bagi pihak Majlis Perbandaran Kuantan. Jabatan Perundangan dan Pendakwaan di ketuai oleh seorang Pengarah berjawatan Pegawai Undang-Undang yang dibantu oleh seorang Pegawai Undang-Undang dan juga Penolong Pegawai Undang-Undang. Selain itu, perjalanan pentadbiran Jabatan ini dibantu oleh 11 orang Pembantu Tadbir (P/O) bersama seorang Pembantu Am Pejabat.

Piagam Pelanggan   

  • Memastikan semua tindakan penyempurnaan perjanjian diantara MPK dengan pihak lain dilaksanakan tempoh 55 hari bekerja.

  • Memastikan permohonan penyelesaian luar mahkamah bagi kes-kes saman jabatan diselesaikan dalam tempoh 15 minit.

Objektif

Untuk menuju atau mencapai matlamat Wawasan 2020 beberapa objektif telah digubal bagi meningkatkan prestasi Jabatan ini.

  • Mewujudkan golongan masyarakat yang benar-benar mengetahui, mematuhi dan menghargai undang-undang.
  • Menyediakan secukupnya undang-undang dan peraturan untuk kegunaan MPK dan penduduk.
  • Memberi kefahaman undang-undang kepada kakitangan MPK supaya tindakan diambil berlandaskan undang-undang.
  • Menyediakan bahan-bahan bacaan dan rujukan undang-undang yang mencukupi untuk kegunaan MPK.
  • Mengemaskini semua peruntukan undang-undang yang digunakan dari semasa ke semasa.

Peranan Dan Tanggungjawab

  • Memberi nasihat perundangan kepada Majlis.
  • Menggubal dan meminda Undang-undang Majlis dari semasa ke semasa.
  • Merangka kertas-kertas pertuduhan, saman dan aduan bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang awam dan menjalankan pendakwaan di Mahkamah.
  • Memberi ceramah dan kursus mengenai undang-undang kepada kakitangan dan pelanggan MPK.
  • Menyediakan atau menyemak perjanjian.

Fungsi Jabatan

Bagi menyesuaikan objektif dengan fungsi MPK secara keseluruhan, maka Jabatan Perundangan dan Pendakwaan juga mengadakan beberapa fungsi untuk dilaksanakan:

  • Menguatkuasakan undang-undang terhadap semua kesalahan di bawah undang -undang MPK.
  • Memberi nasihat perundangan dan menjalankan pendakwaan di Mahkamah bagi pihak MPK.
  • Menyedia dan menyemak surat perjanjian.
  • Menggubal dan meminda Undang-Undang Kecil, Peraturan, Perintah dan Kaedah.
  • Menyedia dan menyemak kertas-kertas saman, pertuduhan dan aduan.
  • Mengadakan pendidikan perundangan kepada Pegawai MPK.

Senarai Undang-Undang Induk

  1. Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171)
  2. Akta Parit dan Bangunan (Akta 133)
  3. Akta Perancang Bandar dan Desa (Akta172)
    1. Enakmen Rumah Tumpangan (Bab 14)
    2. Enakmen Kawalan Kerbau Lembu 2001
    3. Enakmen Hiburan 1993

 

Undang-Undang Lain Yang Digunapakai

  1. Akta Pengangkutan Jalan (Akta 333)
  2. Akta Makanan (Akta 33)

 

Senarai Undang-Undang Kecil Yang Digunapakai

Bil.Perkara
Bil. Warta
Tarikh Warta
1.Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan -Kesalahan (MPK) 1980
Phg.P.U.4
27.11.1980
2.Undang-Undang Kecil Rumah Urut (MPK) 1982
Phg.P.U.4
24.06.1982
3.Kaedah-Kaedah Rumah-Rumah Tumpangan  (MPK)1983
No 246
28.04.1983
4.Undang-Undang Kecil Bayaran Pelan (MPK) 1983
No 300
07.04.1983
5.Undang-Undang Kecil Pelesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPK) 1983
Phg.P.U.2
26.05.1983
6.
Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan (MPK) 2009Phg.P.U.2831.12.2009
7.Undang-Undang Kecil dan Penyeliaan Tempat-Tempat Makanan (MPK) 1983Phg.P.U.401.01.1983
8.Undang-Undang Kecil Penjaja (MPK) 1993Phg.P.U.1325.11.1993
9.Undang-Undang Kecil Iklan (MPK) 1983Phg.P.U.815.06.1983
10.Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) Jalan, Parit dan Bangunan (MPK) 1983Phg.P.U.1701.02.1984
11.Undang-Undang Kecil Taman (MPK) 2009Phg.P.U.726.03.2009
12.Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (MPK) 1984Phg.P.U.4408.08.1984
13.Undang-Undang Kecil Tempat Letak Kereta Persendirian (MPK) 1985Phg.P.U.1021.11.1985
14.Undang-Undang Kecil Bayaran Denda (Lesen) MPK 1985Phg.P.U.724.04.1986
15.Undang-Undang Kecil Pasar (MPK) 1990Phg.P.U.1520.12.1990
16.Undang-Undang Kecil Iklan Pilihan Raya (MPK) 1990Phg.P.U.1322.08.1990
17.Undang-Undang Kecil Tandas Awam (MPK) 1992Phg.P.U.1120.05.1992
18.Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (MPK) 1992Phg.P.U.411.03.1992
19.Undang-Undang Kecil Vandelisme (MPK) 1994Phg.P.U.103.02.1994
20.Kaedah-Kaedah Hiburan 1996Phg.P.U.3426.12.1996
21.Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan (AM) 1998Phg.P.U.804.06.1998
22.Kaedah-Kaedah Pegawai-Pegawai Majlis Perbandaran Kuantan (Kelakuan dan Tatatertib) 2002Phg.P.U.1506.03.2002
23.Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) (MPK) 2005Phg.P.U.2624.11.2005
24.Undang-Undang Kecil Gunting Rambut, Pendandan Rambut dan Salun Kecantikan (MPK) 2006Phg.P.U.1305.04.2006
25.Undang-Undang Kecil Stor Kayu & Kerja Kayu (MPK) 2006Phg.P.U.418.01.2006
26.Undang-Undang Kecil Kolam Renang (MPK) 2006Phg.P.U.722.06.2006
27.Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MPK) 2007Phg.P.U.1630.08.2007
28.Undang-Undang Kecil Pasar Borong (MPK) 2007Phg.P.U.2608.11.2007
29Peraturan-Peraturan Makanan 1985P.U (A) 43726.09.1985
30Undang-Undang Kecil Bangunan (Pahang) (Pindaan) 2007 (Undang-Undang Bangunan Seragam)Phg.P.U.1419.07.2007