CAJ PERKHIDMATAN SAMPAH PERDAGANGAN DI KAWASAN MPK
Pengenalan
Sampah perdagangan adalah sampah yang melebihi daripada dua (2) kaki padu. Tatacara pengutipan adalah mengikut Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap MPK 1983 dan Garis Panduan dan Polisi Mengenali Sistem Penyimpanan Sisa Pepejal di MPK. (diluluskan oleh Mesyuarat Penuh MPK Bil. 1/89 bertarikh 2 Februari 1989)
Borang Input Sampah
MPK menggunakan borang input sampah dagangan yang standard ke atas premis yang dikenalpasti.
Kadar Yang Dikenakan
Caj yang dikenakan bergantung kepada jenis tong dan muatan sampah, kekerapan pemungutan sampah dan lokasi premis perniagaan anda.
|
Jenis Tong Sampah
|
3 kali seminggu
|
Tiap-tiap Hari
|
| 2WB 120 liter dan 240 liter |
RM 30.00
|
RM 60.00
|
|
4WB 660 liter
|
RM 60.00
|
RM 120.00
|
|
Tong Sampah Mekanikal 1200 liter
|
RM 60.00
|
RM 120.00
|
|
Tong Sampah Roro
|
RM 450.00
|
RM 900.00
|
Pengeluaran Bil
Bil-bil yang dikeluarkan kepada setiap premis dibahagikan kepada dua penggal- Januari hingga Jun dan Julai hingga Disember setiap tahun. Untuk mempercepatkan penerimaan bil oleh pemilik premis perniagaan, MPK juga menghantarkan bil melalui pos.
Bayaran
Pembayaran bil sampah perdagangan boleh dibuat di semua kaunter-kaunter pembayaran di Ibu Pejabat MPK di Jalan Tanah Putih, Kaunter Pasar Besar Kuantan, Terminal Makmur dan Pasar Borong, Kemunting. Anda dibenarkan membuat bayaran secara ansuran tetapi anda perlulah mendapatkan kebenaran daripada Bahagian Perkhidmatan Perbandaran dan Alam Sekitar terlebih dahulu.
Tanggungjawab Anda
Sila maklumkan kepada MPK sekiranya premis perniagaan anda ditutup, berpindah atau bertukar pemilik.