Pilih Saiz : Kecilkan Teks Set Semula Besarkan Teks   |    Pilihan Warna Teks : Kontra Biru Kontra Hitam Kontra Coklat Kontra Asal   |  Latarbelakang : Tukar Latarbelakang Putih Tukar Latarbelakang Kelabu Tukar Latarbelakang Hijau  
  Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
 
 
 
 
 
 

SYARAT KELULUSAN CFO

Maklumat Berkaitan Syarat Kelulusan Pelan Bangunan Dan CFO

Maklumat Am

  • Apabila kelulusan pelan bangunan dikeluarkan ianya adalah tertakluk kepada syarat yang perlu di patuhi sepenuhnya oleh pemaju atau perunding.
  • Pematuhan syarat ini diperingkat pelaksanaan pembangunan akan mempercepatkan kelulusan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan ( CFO ).
  • CFO boleh dikeluarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh 'Borang E' (iaitu Borang Permohonan bagi pengeluaran Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan) dikemukakan oleh pemaju/perunding kepada MPK selaras dengan Undang-Undang Kecil Bangunan (Pahang) 1996.

Syarat-syarat Kelulusan Pelan

Pemohon dikehendaki membuat rujukan terus ke jabatan-jabatan teknikal luaran seperti Jabatan Bomba, JKR (Jalan), Jabatan Perkhidmatan Pembentungan, JBA, JAS, TNB, JPS dan STMB untuk semakan dan kelulusan selanjutnya. Semua maklumbalas termasuk surat kelulusan yang diperolehi hendaklah dikemukakan kepada MPK. Ulasan dan syarat jabatan teknikal luaran hendaklah dipatuhi sepenuhnya sebelum permohonan CFO.

Syarat-Syarat Am Jabatan Teknikal Luaran adalah sepertimana berikut:-

  • Jabatan Pengaliran Dan Saliran
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat
  • Jabatan Perkhidmatan dan Pembentungan
  • Jabatan Kerja Raya (JKR)
  • Jabatan Bekalan Air
  • Tenaga Nasional Berhad
  • Syarikat Telekom Malaysia 

Pemohon / pemaju juga dikehendaki melaksanakan kerja landskap dan infrastruktur (iaitu kerja tanah, jalan dan perparitan) mengikut kelulusan Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan Landskap MPK bagi kerja landskap dan kelulusan dari Bahagian Kerja Awam dan Infrastruktur MPK bagi pembinaan infrastruktur. Syarat-syarat am Jabatan Teknikal Dalaman adalah sepertimana berikut:-

  • Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan Landskap
  • Bahagian Kerja Awam dan Infrastruktur
  • Bahagian Perkhidmatan Perbandaran dan Alam Sekitar
  • Bahagian Kawalan Pembangunan Dan Penguatkuasa
  • Bahagian Bangunan