Pilih Saiz : Kecilkan Teks Set Semula Besarkan Teks   |    Pilihan Warna Teks : Kontra Biru Kontra Hitam Kontra Coklat Kontra Asal   |  Latarbelakang : Tukar Latarbelakang Putih Tukar Latarbelakang Kelabu Tukar Latarbelakang Hijau  
  Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
 
 
 
 
 
 

LOCAL AGENDA 21

 

Local Agenda LA21

USAHASAMA KE ARAH PEMBANGUNAN MAMPAN

Apakah LA21 ?

  • Secara ringkas, Local Agenda 21 (LA21) ialah suatu program untuk masyarakat, sektor swasta dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi.
  • Pembangunan mampan ditakrifkan sebagai pembangunan yang memenuhi keperluan semasa tanpa menjejas keperluan generasi-generasi masa hadapan.Ia juga merupakan satu proses di mana pembangunan ekonomi dengan keperluan-keperluan sosial dan alam sekitar diimbangkan.
  • Program Local Agenda 21 mengambil pendekatan agar usahasama (partnership) antara PBT, masyarakat dan sektor swasta diwujudkan dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti pembangunan mampan, penglibatan dan penyertaan masyarakat (community participation) serta pendekatan "bottom-up".

Antara ciri-ciri Local Agenda 21 ialah:-

  • Menangani keperluan ekonomi, sosial dan alam sekitar bersama.
  • Merumuskan wawasan masa hadapan yang mampan berdasarkan kesepakatan (consensus).
  • Melibatkan masyarakat tempatan.
  • Mewujudkan badan atau forum yang terdiri daripada pihak-pihak yang berkepentingan untuk menguruskan proses ini.
  • Merumuskan pelan tindakan dengan sasaran-sasaran tertentu.
  • Mewujudkan rangkai kerja pemautan dan laporan perkembangan projek.
  • Merumuskan petunjuk-petunjuk.
  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program-program untuk menjayakan pelan-pelan tindakan yang telah dirumuskan.

Halaman: 1  2  3