SOALAN LAZIM
Bahagian Cukai Taksiran
1. Apakah itu Cukai Taksiran Am?
Cukai Taksiran Am ialah cukai yang dikenakan keatas pegangan berkadar seperti : * Bangunan Kediaman * Bangunan Perniagaan (Kedai, Kompleks Perniagaan, Pejabat, Hotel, Bengkel, Stesen Minyak dan Panggung Wayang) * Bangunan Perindustrian (Kilang, Gudang, Loji, Depo dan Pencawang) * Tanah Kosong (Bangunan, Pertanian, Perindustrian dan Perniagaan) yang terletak di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kuantan.
2. Bilakah Tempoh Bayaran Cukai Taksiran Perlu Dijelaskan?
Cukai Taksiran dibayar 2 kali setahun iaitu :- * 1/2 tahun pertama - 1hb Januari hingga 28hb Februari setiap tahun * 1/2 tahun kedua - 1hb Julai hingga 31hb Ogos setiap tahun.
3. Apakah Tindakan Yang Akan Diambil Oleh Pihak MPK Sekiranya Bayaran Tidak Dijelaskan Dalam Tempoh Yang Telah Ditetapkan?
Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, anda akan dikenakan tindakan-tindakan seperti :- * Notis Borang E akan dikeluarkan kepada anda. Anda akan dikehendaki menjelaskan bayaran dalam masa 15 hari daripada tarikh notis. Denda/bayaran lewat dikenakan kepada baki terakhir tunggakan -Seksyen 147 (I) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
4. Jika Masih Gagal ?
* Waran Tahanan (Warrant of Attachment) akan dikeluarkan kepada anda. Waran ini membolehkan Pegawai MPK yang diberi kuasa:- - Merampas (mensita) harta alih yang ada didalam bangunan. - Menutup bangunan daripada menjalankan operasinya (Seksyen 148). - Melelong bangunan/tanah melalui pendaftar Mahkamah Tinggi (Seksyen 151). Bayaran waran tahanan sebanyak 10% juga dikenakan. * Menahan proses kelulusan dan perkhidmatan MPK bagi pegangan yang mempunyai tunggakan seperti berikut :- - Kelulusan lesen perniagaan di pegangan tersebut. - Kelulusan Pelan Susunatur - Kelulusan Pelan Bangunan - Kelulusan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan. * Menuntut tunggakan melalui peguam :- -MPK juga mengambil tindakan melalui peguam untuk memungut cukai taksiran am. Segala kos guaman akan dituntut oleh peguam kepada pemilik harta.
5. Bilakah Bil/Notis Cukai Taksiran Am Dikeluarkan?
* Bil Cukai Taksiran Am diserahkan/diposkan pada Januari - 1/2 tahun pertama, Julai - 1/2 tahun kedua * Notis (Borang E) diserahkan/diposkan pada Mac - 1/2 tahun pertama, September - 1/2 tahun kedua.
6. Apakah Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Anda Tidak Menerima Bil /Notis ?
Anda dikehendaki datang sendiri ke kaunter Cukai Taksiran, Bahagian Cukai Taksiran, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta:- * Ibu Pejabat MPK, Jalan Tanah Putih, Kuantan dengan membawa o Bil/Notis lama atau o No. Akaun (jika ada) atau o No. lot/rumah dan kedudukan harta.