MENU

KUPON LETAK KERETA

Bahagian Letak Kereta

  • Piagam Pelanggan
  • Peranan
  • Objektif
  • Perkhidmatan Yang Disediakan
  • Kemudahan Bayaran

Piagam Pelanggan

Kami berjanji untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dengan cekap, adil dan mesra.

  • Memastikan setiap aduan diselesaikan tidak melebihi 15 minit.
  • Membantu pelanggan menyelesaikan bayaran letak kereta harian sehingga pukul 5.00 petang.

Peranan

Memastikan perkhidmatan letak kereta di Bandar Kuantan tersusun dan memenuhi keperluan pelanggan.

Objektif

Mewujudkan persekitaran Bandar Kuantan yang tersusun,terancang melalui perkhidmatan letak kereta yang sistematik, cekap dan efektif.

Perkhidmatan Yang Disediakan

Diadakan bagi memudahkan orang ramai meletak kenderaan secara tersusun dan terancang.

Kupon Jam Letak Kereta Bergores

  • Dijual untuk dipamerkan mengikut jam atas kadar 45 sen sejam atau sebahagian daripadanya.

Kupon Harian

  • Dijual dan dipamerkan secara harian atas kenderaan dengan kadar RM 3.50 sehari.