MENU

PERKHIDMATAN KEMUDAHAN SUKAN

Bahagian Pembangunan Sukan

Matlamat

Memberi perkhidmatan yang terbaik dan terkini kepada semua penduduk bandar Kuantan yang menggunakan kemudahan-kemudahan serta perkhidmatan sukan MPK.

Piagam Pelanggan

a) Menguruskan tempahan dan menyelenggara kemudahan sukan dan rekreasi untuk keselesaan pengguna.
b) Mengelola aktiviti sukan dan rekreasi sepanjang tahun mengikut jadual yang disediakan.
c) Memberi kerjasama kepada persatuan-persatuan sukan untuk pembangunan sukan.

Latar Belakang

Pada awalnya, Bahagian Sukan hanyalah sebuah unit kecil dibawah pentadbiran Jabatan Perhubungan Awam. Pada tahun 1995, Kerajaan Negeri telah menyerahkan Wisma Belia Indera Mahkta kepada MPK untuk diuruskan dan memandangkan tanggungjawab yang besar yang akan dimainkan oleh Unit Sukan maka ianya dinaik taraf kepada Bahagian Sukan. Pada tahun 1997, Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) pula telah diserahkan kepada MPK untuk diuruskan sepenuhnya. Memandangkan MPK mempunyai kemudahan-kemudahan sukan yang serba lengkap dan bertaraf antarabangsa, maka peranan Bahagian Sukan juga turut berkembang. Disamping menyediakan kemudahan, Bahagian Sukan turut menganjurkan acara-acara sukan seperti Pertandingan Piala Perbandaran, Sukan Tradisional dan Sukan Dalaman untuk kakitangan MPK.

Bahagian Sukan juga mempunyai hubungan yang baik dengan pihak-pihak yang sering menggunakan kemudahan sukan tersebut seperti Majlis Sukan Pahang, Jabatan Belia dan Sukan serta persatuan-persatuan sukan. Bahagian Sukan juga turut memberi khidmat nasihat berhubung dengan aktiviti sukan kepada agensi kerajaan, swasta serta pihak-pihak luar yang memerlukan. Bahagian Sukan juga menjalankan kerja-kerja promosi bagi memastikan semua kemudahan-kemudahan tersebut diguna sepenuhnya oleh orang ramai. Peranan Bahagian Sukan sememangnya amat penting kerana MPK adalah satu-satunya pihak yang mempunyai kemudahan sukan yang serba lengkap serta moden di Kuantan.

Objektif

a) Meningkatkan mutu kemudahan sukan di MPK.
b) Merapatkan hubungan orang ramai dengan pihak Majlis melalui penglibatan dalam aktiviti sukan.
c) Menyelaras aktiviti sukan, menyediakan peralatan dan khidmat nasihat kepada pelanggan.
d) Meningkatkan lagi kemudahan sukan yang sediaada di samping sebagai salah satu sumber hasil majlis.