MENU

JABATAN LANDSKAP

Piagam Pelanggan

a. Bahagian Perancangan dan Pembangunan Landskap

  • Memproses dan mengeluarkan keputusan landskap yang lengkap diterima dari Bahagian Urusetia Pusat Setempat (OSC) dalam tempoh 21 hari bekerja.

b. Bahagian Penyelenggaraan Landskap

  • Memastikan tempahan hiasan disiapkan 1 jam sebelum penggunaan dan memenuhi kehendak pelanggan.
  • Memastikan setiap aduan yang berkaitan dengan permohonan penebangan pokok dapat diselesaikan dalam tempoh 14 hari berikutnya.
  • Menyemak kerosakan kemudahan awam di lima taman awam di bawah pengurusan MPK 1 kali sebulan bagi memastikan kemudahan tersebut diselenggara.

 

Latar Belakang

Jabatan Landskap pernah dikenali sebagai Jabatan Taman dan Rekreasi sebelum tahun 2006. Mempunyai 2 bahagian utama iaitu:-

a. Bahagian Perancangan dan Pembangunan Landskap

Meliputi perancangan dan pengurudan pembangunan landskap, menyediakan pelan-pelan rekabentuk untuk projek-projek pembangunan landskap di bawah peruntukan kerajaan pusat, negeri dan MPK serta memproses permohonan kelulusan pelan landskap yang dikemukakan oleh perunding.

b. Bahagian Penyelenggaraan Landskap

Meliputi pengurusan dan penyelenggaraan taman-taman awam, pengurusan penyelenggaraan berkaitan pokok-pokok teduhan di jalan utama, pusat bandar dan kawasan-kawasan perumahan serta pengurusan tapak semaian dan pengurusan Zoo Mini Taman Teruntum.

 

Matlamat

a. Visi Jabatan Landskap

Menjadikan Kuantan sebagai sebuah Bandaraya berimej dan beridentiti landskap tersendiri selaras dengan aspirasi Bandaraya Lestari.

b. Misi Jabatan

  • Merealisasikan Kuantan sebagai Bandar Palma
  • Memperkuatkan imej bandar berasaskan 'Natural Set Up' Kuantan yang terletak di persisiran pantai yang berkaretor 'Kuantan Palm Beach City'

 

Objektif Jabatan

  1. Mengadakan tema khusus untuk pembangunan landskap 'Natural Exotica Kuantan'
  2. Mengenalpasti dan mengolah elemen-elemen pembentukan imej dan identiti Kuantan
  3. Mempergiatkan lagi perlaksanaan pembangunan landskap
  4. Meningkatkan kepuasan penduduk dan pengunjung Bandar Kuantan selaras dengan kesesuaian dan pembangunan landskap