MENU

AKTA

  • Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171)

    • Akta ini digubal pada tahun 1976 bagi menentukan dasar dan undang-undang yang sama bagi semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Malaysia. Antara perkara-perkara yang diperuntukkan dalam akta ini ialah berkaitan pentadbiran kawasan dan perjalanan urusan PBT serta kuasa-kuasa PBT.

 

  • Akta Parit dan Bangunan (Akta 133)

    • Akta ini memberi kuasa kepada PBT untuk mengawal selia pembangunan serta memberi kuasa kepada PBT menyenggara jalan dan parit awam.

 

  • Akta Perancang Bandar dan Desa (Akta172)

    • Akta ini bertujuan untuk mewujudkan kawalan yang sempurna bagi perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia dan PBT bertindak sebagai pihak berkuasa perancang tempatan bagi kawasan sendiri dalam menguatkuasakan Akta ini.

 

  • Akta Pengangkutan Jalan (Akta 333)

    • Kuasa diberikan oleh Akta ini kepada PBT selaku pihak berkuasa yang berkenaan dalam Akta ini bagi mengadakan tempat letak kereta serta menguatkuasakan peruntukan berkaitan halangan lalulintas.

 

  • Akta Makanan (Akta 33)

    • Akta ini digubal bagi melindungi orang ramai daripada makanan yang memudaratkan dan kuasa diberikan kepada inspektor kesihatan PBT selaku pegawai berkuasa bagi menguatkuasakan Akta ini.