MENU

Dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Kuantan menerima aduan dan pertanyaan daripada para pelanggan dan warga Kuantan melalui saluran berikut :-

  1. Panggilan telefon di talian Call Centre 1300-88-0555 dan talian 09-5121555/5121666. Bermula 1 Februari 2019 penerimaan panggilan Call Centre akan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari bekerja sahaja.
  2. Secara lisan ke Kaunter Aduan, Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kuantan.
  3. Melalui surat dan faks ke 09-5158214.
  4. Melalui Emel aduan@mpk.gov.my.
  5. Semasa Program Hari Mesra Pelanggan pada hari Jumaat minggu terakhir setiap bulan.
  6. Melalui portal i-Tegur (aplikasi perlu dimuat turun dari Playstore atau  Appstore).
  7. Melalui program Town Hall, Sesi Dialog dan pembukaan kaunter aduan Majlis.
  8. Majlis Perbandaran Kuantan sedang dalam proses mengemaskini penerimaan aduan melalui sistem di laman web MPK www.mpk.gov.my . Bermula Mac 2019, sistem e-aduan MPK akan digantikan dengan SiSPAA. Walaubagaimanapun aduan-aduan yang diterima melalui sistem e-aduan boleh dirujuk dengan menghubungi talian Call Centre untuk mendapatkan maklumbalas.