MENU

Kejohanan Sukan Kerajaan Tempatan (KSKT) akan berlangsung pada 29 September 2017 hingga 2 Oktober 2017 dengan menyenaraikan 3 acara sukan yang bakal dipertandingkan iaitu Bolasepak 9 sepasukan, Golf dan Karom.

Penganjur kejohanan  Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, MALA dan ANULAE bersama Majlis Perbandaran Kuantan selaku tuan rumah amat mengalu-alukan penyertaan daripada  Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Malaysia ke kejohanan penutup tirai KSKT bagi tahun 2017 ini.

PBT yang berminat  untuk menyertai kejohanan ini bolehlah memuat turun borang penyertaan dan menghantar borang yang telah lengkap selewat-lewatnya pada 25 September 2017 (Isnin).

Klik di sini untuk muat turun maklumat lengkap kejohanan dan borang penyertaan.

-> Aturcara majlis 

-> Senarai Hotel di Kuantan

-> Senarai Homestay di Kuantan

-> Poster Kejohanan Sukan Kerajaan Tempatan

-> Peta lokasi kejohanan

 

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi :-

Puan Haslinda binti Hassan (Sekretariat) - 095689803/0139321495

Encik Ashari bin Yakub (Sekretariat) - 0179721351