MENU

Program gotong-royong bersama peniaga dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Taman Tas sempena Kuantan Ke Arah Bandaraya telah diadakan pada 22 Ogos 2019 (Khamis) jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi bertempat di Dataran Paya Besar, Taman Tas Kuantan. Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Kakitangan Lantikan Baru Majlis Perbandaran Kuantan, Pelajar-pelajar Politeknik Metro dan University Kolej Yayasan Pahang (UCYP), Peniaga-peniaga Taman Tas dan Wakil NGO turut hadir bagi gotong-royong tersebut. Tujuan program ini adalah untuk membersihkan kawasan-kawasan tapak peniaga yang lama dan memindahkan mereka ke tapak niaga yang baru agar kelihatan bersih.