MENU

Program CSR " Beach Cleaning" Bank Islam dengan kerjasama bersama Majlis Perbandaran Kuantan dan SWCORP telah diadakan pada 24 Ogos 2019 (Rabu) jam 7.30 pagi bertempat di Pantai Sepat, Kuantan. Program ini telah dirasmikan oleh YB. Encik Abd Rahim bin Muda, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang. Objektif program ini adalah untuk membersihkan kawasan sekitar Pantai Sepat dan demonstrasi kitar semula botol plastik untuk dijadikan sebagai tong sampah oleh pelajar UITM Shah Alam. Pihak Bank Islam juga telah membuat penyerahan sebanyak 5 unit buaian dan 6 unit bangku kepada pihak Majlis Perbandaran Kuantan bagi memberi keselesaan kepada penduduk yang mengunjungi kawasan pantai tersebut.