MENU

Operasi Pembasmian Tikus di Pasar Besar Kuantan telah diadakan pada 11 Januari 2019 bermula pada jam 8.30 malam hingga jam 11.30 malam dan diketuai oleh Ketua Unit Vektor, Encik Abdul Hakim bin Mohd Amin yang melibatkan 10 anggota unit vektor dan 30 pelatih daripada Kolej Pasific, Kuantan. Operasi ini merupakan operasi kali kedua yang dilaksanakan pada tahun ini dan menggunakan kaedah sesauk yang dibuat sendiri oleh anggota LILATI.  Operasi ini dilakukan secara berkala iaitu sebanyak 2 kali seminggu pada setiap hari Selasa dan Jumaat. Kawasan terlibat bagi operasi berkenaan adalah disekitar Pasar Besar, belakang Restoran KFC dan Klinik Ananda.

 

Sila klik di sini untuk lihat gambar semasa operasi tersebut.