PIAGAM PELANGGAN MPK
“Kami Berjanji Untuk Menyampaikan Perkhidmatan Yang Berkualiti Tinggi Dengan Cekap, Adil Dan Mesra”
- Proses Kelulusan Dan Pengeluaran Lesen Perniagaan Tidak Berisiko Dalam Tempoh 40 Minit.
- Proses Pelan Pindaan Mudah Bagi Rumah Kediaman Yang Melibatkan Pertambahan Tingkat dan Tambahan Berskala Besar Dalam Tempoh 14 Hari Bekerja.
- Proses Pembayaran Kepada Pembekal / Kontraktor Melalui Pesanan Tempatan Dalam Tempoh 7 Hari Bekerja.
- Proses Permohonan Permit Penutupan Jalan Dalam Tempoh 10 Minit.
- Memastikan Semua Aduan Awam Diberi Maklumbalas Dalam Tempoh 3 Hari Bekerja.
- Mengadakan Program Hari Mesra Pelanggan Pada Hari Jumaat Minggu Terakhir Setiap Bulan.
- Proses Permohonan Penyelesaian Kompaun Dalam Tempoh 15 Minit.
- Proses Kemaskini / Perubahan Maklumat Pemilikan Harta Disediakan Dalam Tempoh 1 Hari Bekerja.
- Proses Permohonan Penyelesaian Luar Mahkamah Bagi Kes Saman Dalam Tempoh 10 Minit.
- Proses menandatangani dokumen perjanjian di kaunter antara MPK dengan pihak kedua dilaksanakan dalam tempoh 15 minit.
- Membantu menyelaras hal berkaitan pengurusan dan penyenggaraan bangunan bertingkat dan bangunan yang dikeluarkan hakmilik strata.