MENU

 

PIAGAM PELANGGAN MPK 

“Kami Berjanji Untuk Menyampaikan Perkhidmatan Yang Berkualiti Tinggi Dengan Cekap, Adil Dan Mesra”

  1. Proses Kelulusan Dan Pengeluaran Lesen Perniagaan Tidak Berisiko Dalam Tempoh 40 Minit.
  2. Proses Pelan Pindaan Mudah Bagi Rumah Kediaman Yang Melibatkan Pertambahan Tingkat dan Tambahan Berskala Besar Dalam Tempoh 14 Hari Bekerja.
  3. Proses Pembayaran Kepada Pembekal / Kontraktor Melalui Pesanan Tempatan Dalam Tempoh 7 Hari Bekerja.
  4. Proses Permohonan Permit Penutupan Jalan Dalam Tempoh 10 Minit.
  5. Memastikan Semua Aduan Awam Diberi Maklumbalas Dalam Tempoh 3 Hari Bekerja.
  6. Mengadakan Program Hari Mesra Pelanggan Pada Hari Jumaat Minggu Terakhir Setiap Bulan.
  7. Proses Permohonan Penyelesaian Kompaun Dalam Tempoh 15 Minit.
  8. Proses Kemaskini / Perubahan Maklumat Pemilikan Harta Disediakan Dalam Tempoh 1 Hari Bekerja.
  9. Proses Permohonan Penyelesaian Luar Mahkamah Bagi Kes Saman Dalam Tempoh 10 Minit.
  10. Proses menandatangani dokumen perjanjian di kaunter antara MPK dengan pihak kedua dilaksanakan dalam tempoh 15 minit
  11. Membantu menyelaras hal berkaitan pengurusan dan penyenggaraan bangunan bertingkat dan bangunan yang dikeluarkan hakmilik strata.