MENU

ISO

Pengertian

ISO ialah satu nama samaran bukan akronim untuk International Organisation For Standardisation. Ia adalah sebuah badan bersekutu yang menggabungkan organisasi dari seluruh dunia yang bertanggungjawab mewujudkan standard di negara masing-masing. Di Malaysia, Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) adalah badan yang bertanggungjawab terhadap siri ini. ISO 9000 pula adalah satu standard bertulis yang menetapkan dan menerangkan elemen-elemen asas yang perlu ada dalam sistem kualiti bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi dapat memenuhi kehendak pelanggan dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Standard-Standard ISO 9001:2008

Ianya terdiri daripada 8 elemen utama iaitu :

  1. Skop
  2. Rujukan Normatif
  3. Terma dan Definasi
  4. Sistem Pengurusan Kualiti
  5. Tanggungjawab Pengurusan
  6. Pengurusan Sumber
  7. Pengesahan Produk / Perkhidmatan
  8. Pengukuran, Analisa dan Penambahbaikan