MENU

LOGO MPK

 

Keterangan Mengenai Logo MPK

Huruf 'K' bermakna bandar Kuantan dan dilingkungi oleh satu gelung yang melambangkan global. Imej ini membawa maksud bandar Kuantan sedang bergerak menuju ke arah bandaraya dan bersifat global serta akan memainkan peranan penting di peringkat nasional dan internasional.

Huruf 'K' yang terbentuk daripada gading gajah (Identiti Negeri Pahang) dan berkedudukan rapat antara satu sama lain menggambarkan keserasian dalam pengurusan dan pentadbiran MPK bersama-sama pihak swasta dan warga Kuantan. Ketiga-tiga pihak saling melengkapkan di antara satu sama lain untuk memajukan bandar Kuantan.

Huruf 'K' juga terbentuk seperti layar yang membawa maksud bandar Kuantan Sentiasa Bergerak Maju ke arah pertumbuhan pembangunan yang lebih pesat dan mampan khususnya dari segi ekonomi dan sosial.

Imej logo secara keseluruhannya turut menggambarkan huruf 'Q' yang bermaksud MPK sebagai PBT yang menitikberat soal-soal pengurusan dan perkhidmatan yang berkualiti. Perkataan 'Majlis Perbandaran Kuantan' dan 'Municipal Council' adalah gabungan bahasa Melayu dan Inggeris bagi melengkapkan hasrat yang mantap MPK ke arah globalisasi.

Tafsiran Warna Logo

Biru Tua
Melambangkan perpaduan yang wujud di semua peringkat masyarakat.

Biru Muda
Melambangkan Kuantan sebagai bandar pelancongan dengan kepelbagaian produk pelancongan yang ada dari segi sumber alam semulajadi, adat resam warisan budaya dan program pelancongan yang dilaksanakan.

Hijau
Melambangkan 'Bandar Dalam Taman' dengan usaha-usaha mencantikkan bandar dari segi landskap yang beraneka jenis dan warna.

Merah
Melambangkan aspek keberanian dan tegas dalam prinsip-prinsip menjalankan tugas yang semakin mencabar.

Kuning
Melambangkan 'Kedaulatan Raja' yang memerintah Negeri Pahang yang mana Kuantan adalah ibu negeri. Kedaulatan Raja adalah 'Payung Dirgahayu' Tuanku membolehkan rakyat hidup dengan sejahtera.