MENU

Latar Belakang

Jabatan Perundangan dan Pendakwaan ditubuhkan pada 1 Februari 2008. Mulai 1 Januari 2017, nama jabatan ini telah ditukar kepada Seksyen Perundangan dan Pendakwaan selaras dengan penstrukturan semula organisasi Majlis Perbandaran Kuantan dan ditempatkan di bawah Pejabat Yang Dipertua.

Seksyen ini diketuai oleh seorang Pengarah yang juga Pegawai Undang-Undang Gred L52 dan dibantu oleh Pegawai Undang-Undang Gred L44 dan Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L32. Bagi mengerakkan serta menyokong fungsi seksyen ini, 13 orang kakitangan sokongan ditempatkan di seksyen ini dengan pembahagian skop utama iaitu perundangan dan pendakwaan.

 

Objektif

a) Mewujudkan golongan masyarakat yang benar-benar mengetahui, memahami, mematuhi dan menghargai undang-undang Majlis.

b) Menyediakan secukupnya undang-undang dan peraturan untuk kegunaan Majlis.

    c) Memberi nasihat kepada Majlis dalam memastikan keputusan yang diambil berlandaskan undang-undang yang diguna pakai.

      d) Memastikan kepentingan Majlis sentiasa diutamakan dalam setiap transaksi perjanjian dengan pihak kedua.

      e) Menyediakan bahan-bahan bacaan dan rujukan undang-undang yang mencukupi untuk kegunaan Majlis.

        f) Memastikan semua tindakan Majlis tidak 'ultre vires' dengan sebarang undang-undang.

          g) Memastikan Undang-undang Kecil yang diguna pakai oleh Majlis sentiasa disemak dan diperbaharui melalui penggubalan bagi memenuhi keperluan semasa.

           

          Piagam Pelanggan

          a) Memastikan semua urusan menandatangani perjanjian di kaunter antara MPK dengan pihak kedua dilaksanakan dalam tempoh 15 minit.

          b) Memastikan permohonan penyelesaian luar mahkamah bagi kes-kes saman dapat diselesaikan dalam tempoh 10 minit.