MENU

LATAR BELAKANG JABATAN

Jabatan Penilaian mempunyai tiga bahagian iaitu Bahagian Penilaian, Bahagian Pengurusan Harta dan Bahagian Pesuruhjaya Bangunan yang bertindak sebagai pemangkin utama kepada aktiviti-aktiviti di Jabatan tersebut. Bahagian Penilaian menjalankan kerja-kerja pindaan senarai nilaian dengan purata kutipan sebanyak 5,000 pegangan setahun dengan anggaran hasil yang diperolehi sebanyak RM1.3 juta setahun. Manakala Bahagian Pengurusan Harta mengurus pengutipan sewa bagi bangunan Majlis sebanyak 45 unit yang menjana hasil RM2.1 juta setahun.

OBJEKTIF JABATAN

BAHAGIAN PENILAIAN

  1. Mempastikan pindaan kepada senarai nilaian dibuat kepada bangunan-bangunan yang telah dikeluarkan CCC, pelan tambahan dan pecahan lot baharu.
  2. Menyelenggara senarai nilaian Majlis berada dalam keadaan kemas kini dan terkini.
  3. Mengurus tuntutan sumbangan membantu kadar harta-harta Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan-Badan Berkanun.
  4. Mengurus permohonan daripada pemilik harta berkenaan dengan pindah milik dan pulangan balik cukai.
  5. Mengurus mesyuarat mendengar bantahan cukai taksiran daripada pemilik harta yang membuat bantahan bertulis.

BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA

  1. Memastikan bangunan Majlis mendapat pulangan sewa yang maksimum.
  2. Memastikan semua premis milik Majlis berada dalam keadaan bersih dan baik boleh digunapakai setiap masa.
  3. Memastikan bangunan milik Majlis diurus secara sistematik.

BAHAGIAN PESURUHJAYA BANGUNAN

  1. Memperkemas Kaedah Mengawal Selia Penyenggaraan Dan Pengurusan Dengan Berkesan Bagi Semua Jenis Bangunan Bertingkat Dan Bangunan Yang Dipecah Bahagi Dan Dikeluarkan Hakmilik Strata.
  2. Menyelesaikan Urusan-Urusan Yang Berkaitan Serta Mewujudkan Kesedaran Di Antara Pembeli/ Pemilik/ Pemaju/ Badan Pengurusan Bersama (JOINT Management Body-Jmb)/ Perbadanan Pengurusan (MANAGEMENT Corporation- Mc) Berkenaan Isu Penyenggaraan Dan Pengurusan Bangunan Selaras Kehendak Akta Pengurusan Strata 2013 (AKTA 757).
  3. Memperkemaskan Dan Meningkatkan Aspek Penguatkuasaan Serta Pelaksanaan Akta Pengurusan Strata 2013 (AKTA 757).