PIAGAM PELANGGAN MPK
JABATAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN
- Memproses permohonan Kebenaran Merancang dalam tempoh 60 hari bekerja dengan syarat dokumen lengkap diterima.
- Memproses kelulusan Pra Hitungan dalam tempoh 30 hari bekerja dengan syarat dokumen lengkap diterima.
- Memproses permohonan Tukar Syarat Dasar, Pecah Sempadan, Pecah Bahagian dan Cantuman Tanah dalam tempoh 14 hari bekerja dengan syarat dokumen lengkap diterima.
- Menguruskan kelulusan Pelan Bangunan bagi cadangan pembangunan selain dari bangunan kediaman yang kurang 4 unit dalam tempoh 35 hari bekerja tertakluk kepada permohonan yang lengkap.
- Menguruskan kelulusan Pelan Pindaan dan Tambahan Bangunan dikeluarkan dalam 45 hari bekerja tertakluk kepada permohonan yang lengkap diterima.
- Menguruskan kelulusan Sijil Kelayakan Menduduki (CFO) dikeluarkan dalam tempoh 12 hari bekerja tertakluk kepada permohonan yang lengkap.
- Memproses Permohonan / Notis Pembinaan Tanpa Kelulusan dalam tempoh 60 hari bekerja dari tarikh permohonan / notis diterima.
- Memproses kelulusan Pelan Serta Merta dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima
- Memproses permohonan Pelan Lakar bagi Lesen Perniagaan dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Memproses kelulusan Pelan Pindaan Mudah bagi perniagaan, perindustrian dan selain kediaman dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Memproses kelulusan Pelan Pindaan Mudah bagi kediaman dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Memproses permohonan Pelan Setara bagi rumah mampu milik dan kos sederhana rendah dalam tempoh 24 jam dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Menyediakan ulasan Permohonan Tanah Individu / Agensi dari Pejabat Daerah Kuantan dalam tempoh 21 hari bekerja.
- Memproses permohonan kelulusan Tapak Papan Iklan Luar Premis secara serentak dalam tempoh 21 hari bekerja.
- Memastikan maklumat Rancangan Tempatan Daerah Kuantan dan Pelan Asas Digital yang diperlukan oleh pelanggan disediakan dalam tempoh 30 minit.
<<Kembali ke Senarai Piagam Pelanggan Jabatan