PIAGAM PELANGGAN MPK
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
- Memproses permohonan pinjaman perumahan ke Perbendaharaan Malaysia dalam tempoh 21 hari bekerja.
- Memproses permohonan pinjaman komputer dalam tempoh 14 hari bekerja.
- Memproses permohonan pinjaman / biasiswa pelajaran yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perjawatan dalam tempoh 7 hari bekerja.
- Mengeluarkan surat pengesahan perubatan (guarantee letter) dalam tempoh 15 minit.
- Mengedarkan surat-surat yang diterima ke jabatan-jabatan dalam tempoh 1 hari bekerja.
- Urusan pencen yang bersara wajib diuruskan dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan.
- Semua tempahan bilik mesyuarat diuruskan dalam tempoh tidak melebihi 30 minit.
- Menguruskan sumbangan kematian untuk waris / keluarga dalam tempoh 2 jam dari masa maklumat diterima.
- Menguruskan permohonan penyelesaian kompaun dalam tempoh 1 hari bekerja.
- Membuat lawatan ke tempat aduan dalam tempoh 2 hari bekerja setelah maklumat diterima.
- Memberi perkhidmatan pencucian dan pembersihan ke atas gerai-gerai MPK 1 bulan sekali.
- Mengeluarkan notis tunggakan sewaan gerai/premis MPK kepada penyewa untuk dibayar dalam tempoh 7 hari bekerja.
- Menyalurkan aduan kerosakan sewaan gerai/premis MPK kepada Bahagian Penyelenggaraan dalam tempoh 2 hari bekerja untuk tindakan pembaikan.
<<Kembali ke Senarai Piagam Pelanggan Jabatan