Pilih Saiz : Kecilkan Teks Set Semula Besarkan Teks   |    Pilihan Warna Teks : Kontra Biru Kontra Hitam Kontra Coklat Kontra Asal   |  Latarbelakang : Tukar Latarbelakang Putih Tukar Latarbelakang Kelabu Tukar Latarbelakang Hijau  
  Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
 
 
   
 
 

PIAGAM PELANGGAN MPK

JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN

  1. Memastikan senarai harga tawaran yang dikemukan oleh kontraktor dpamerkan dipapan kenyataan 1 hari selepas tarikh ditutup.
  2. Memastikan surat setuju terima kontrak dikeluarkan dalam tempoh 1 hari bagi kerja kontrak selepas keputusan jawatankuasa pemilihan diperolehi.
  3. Memastikan semua permohonan kelulusan pelan infrastruktur yang dikemukan oleh Jurutera Perundingan dibuat keputusan dalaman tempoh 40 hari bekerja tertakluk permohonan lengkap dari Bahagian Pusat Setempat (OSC).
  4. Memastikan surat pengesahan bagi Sokongan CFO dikeluarkan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penyiapan dan pematuhan syarat.
  5. Memastikan kerja-kerja tampalan (patching) kerosakan jalan dilaksanakan dalam tempoh 3 hari  bekerja selepas aduan diterima setelah lantikan kontraktor kerja inden dan sebutharga.
  6. Memastikan penyelenggaraan jalan secara inden disiapkan dalam tempoh 60 hari bekerja.
  7. Memastikan setiap aduan kerosakan lampu isyarat diperiksa dalam tempoh 1 jam selepas aduan diterima dan disiapkan dalam tempoh 3 jam.
  8. Memastikan persimpangan lampu isyarat dibuat pemeriksaan / penyelenggaraan berkala sekali sebulan.
  9. Memastikan penyelenggaraan sistem perparitan disiapkan dalam tempoh 60 hari daripada aduan kerosakan yang diterima.
  10. Memastikan penyelenggaraan bangunan  dilaksanakan dalam tempoh 14 hari daripada aduan kerosakan bangunan diterima.
  11. Memastikan penyelenggaraan kemudahan awam (pondok bas, taman permainan, ceper jalan, papan tanda perumahan dan lain-lain) disiapkan dalam tempoh 14 hari daripada aduan kerosakan yang diterima.
  12. Memastikan setiap aduan kerosakan sistem hawa dingin diperiksa dan dibuat pengesahan kerosakan dalam tempoh 1 jam selepas aduan diterima.
  13. Kelulusan permohonan kenderaan ke luar daerah dalam tempoh 3 hari selepas permohonan diterima.
  14. Memastikan setiap laporan kerosakan kenderaan / jentera (BP7) yang diterima, diperiksa dan dibuat pengesahan kerosakan dalam tempoh 30 minit selepas aduan diterima.
  15. Memastikan setiap aduan kerosakan mesin kecil dibuat pengesahan kerosakan dalam tempoh 15 minit selepas aduan diterima. 

 

<<Kembali ke Senarai Piagam Pelanggan Jabatan