PIAGAM PELANGGAN MPK
PEJABAT YANG DIPERTUA
Bahagian Pusat Setempat(OSC)
- Memproses dan meluluskan permohonan pembangunan bagi permohonan secara serentak dibawah konsep Bina Kemudian Jual(BKJ), projek impak tinggi, projek pelaburan asing serta projek-projek kerajaan dalam tempoh 92 hari (3 Bulan 2 hari) dari tarikh permohonan didaftarkan.
- Memproses dan meluluskan permohonan pembangunan bagi permohonan secara serentak di bawah konsep Jual Kemudian Beli(JKB) dalam tempoh 142 hari (4 bulan 12hari) dari tarikh permohonan didaftarkan
Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan
- Menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan mengikut undang-undang dengan tegas, berhemah dan berkesan sepanjang masa.
- Membuat semakan tunggakan kompaun dua kali seminggu.
- Mengadakan kawalan keselamatan keatas bangunan-bangunan MPK pada setiap hari.
Bahagian Perhubungan Awam dan Kemasyarakatan
- Memastikan semua aduan diberikan maklumbalas dalam tempoh 3 hari bekerja.
- Memastikan proses tempahan dewan dan kemudahan sukan diuruskan 1 hari sebelum penggunaan.
- Menyediakan peralatan perkhemahan di Pusat Rekreasi Air Baluk disediakan dalam tempoh 1 jam sebelum penggunaan.
- Memastikan permohonan tempahan Kombo dan Briged Budaya diproses dalam tempoh 3 hari dari tarikh persembahan.
Bahagian Audit
- Menjalankan audit pengurusan dan kewangan MPK secara profesional berpandukan kepada standard yang terima umum dalam tempoh 1 hingga 3 bulan.
- Mengeluarkan laporan pemerhatian audit dalam tempoh 1 bulan selepas tarikh pengauditan dibuat.
Bahagian Pesuruhjaya Bangunan
- Memastikan Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body) diwujudkan di setiap kawasan pemajuan dalam tempoh 12 bulan daripada Sijil Layak Menduduki dikeluarkan.
- Berjanji akan menyelesaikan semua aduan dan masalah berkaitan pengurusan dan penyenggaraan bangunan bertingkat dan bangunan yang dipecah bahagi dan dikeluarkan hakmilik strata.
- Mempertingkatkan kerjasama bistari diantara agensi serta responsif terhadap keperluan pelanggan.
- Menguatkuasakan pelaksanaan Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) dalam tempoh yang ditetapkan.
<<Kembali ke Senarai Piagam Pelanggan Jabatan