Pilih Saiz :    |   Pilihan Tema :
 Bahasa Malaysia | English   Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
 
 
 
 
 
 

PIAGAM PELANGGAN MPK 

“Kami Berjanji Untuk Menyampaikan Perkhidmatan Yang Berkualiti Tinggi Dengan CEKAP, ADIL DAN MESRA”

  

  • Pembayaran kepada pembekal/kontraktor dalam tempoh 14 hari dengan syarat-syarat semua dokumen yang lengkap diterima.

  • Memberi peluang kepada pemilik harta untuk membuat bantahan dan rayuan dalam tempoh 30 hari sebelum pindaan kuatkuasa senarai nilaian.

  • Menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan mengikut undang-undang dengan tegas, berhemah dan berkesan sepanjang masa.

  • Memastikan semua aduan awam diberi maklum balas dalam tempoh 5 hari bekerja.

  • Memproses permohonan lesen premis, iklan dan penjaja dalam tempoh 21 hari bekerja.

  • Memproses dan meluluskan permohonan pembangunan bagi permohonan secara serentak di bawah konsep "Bina Kemudian Jual" (BKJ), projek impak tinggi, projek pelaburan asing serta projek-projek kerajaan dalam tempoh 92 hari ( 3 bulan 2 hari) dari tarikh permohonan didaftarkan.

  • Memproses dan meluluskan permohonan pembangunan bagi permohonan secara serentak di bawah konsep "Jual Kemudian Bina" (JKB) dalam tempoh 142 hari ( 4 bulan 12 hari) dari tarikh permohonan didaftarkan. 
  • Mengadakan program Hari Mesra Pelanggan pada hari Jumaat minggu terakhir setiap bulan. 
  • Menguruskan proses semakan bagi maklumat permohonan di bawah program Kemiskinan Bandar dalam tempoh 7 hari bekerja.