BAHAGIAN PELESANAN

Piagam Pelanggan

  • Memastikan perniagaan tak berisiko diluluskan dalam tempoh 10 minit.
  • Memastikan permohonan lesen premis dan lesen iklan diluluskan dalam masa 14 hari (Perniagaan Berisiko).
  • Memastikan permohonan permit pemasangan sepanduk / banting diluluskan dalam tempoh 10 minit.
  • Memastikan kelulusan permit kakilima dibuat dalam masa 10 minit.
  • Memastikan kelulusan permit hiburan (sementara) dibuat dalam masa 10 minit.

 

Objektif

  • Mendidik pelesen-pelesen melalui program dialog dan motivasi.
  • Mempermudahkan permohonan lesen melalui perkhidmatan yang profesional, cekap dan kemas.
  • Membuat pemantauan dan pemeriksaan ke atas premis setiap minggu.
  • Memastikan semua kakitangan mengamalkan konsep Mesra Pelanggan.
  • Menyediakan data-data terkini berkaitan pelesen-pelesen.

 

Matlamat
 

Menjadikan aktiviti pernigaaan di Bandar Kuantan lebih kemas dan tersusun serta mendidik pelesen-pelesen ke arah disiplin yang lebih tinggi dan bertanggungjawab.

Unit Pentadbiran

  • Menguruskan surat menyurat Jabatan.
  • Menguruskan permohonan lesen dan mesyuarat kelulusan lesen.
  • Memastikan perkhidmatan kaunter berjalan lancar.
  • Mengemaskini rekod cuti kakitangan.
  • Menyediakan prestasi Bahagian berdasarkan laporan dari unit-unit.
  • Menyediakan anggaran belanjawan Bahagian.
  • Menjaga stok alat tulis.
  • Menyediakan penyata elaun lebih masa.
  • Mengurus kebajikan kakitangan.
  • Menyelaras tugas kakitangan termasuk tatatertib.

 

Unit Tred Perniagaan

  • Menjalankan pemeriksaan premis tred perniagaan.
  • Mengawal aktiviti yang dijalankan.
  • Kawalan ke atas kebersihan premis.
  • Menentukan syarat bagi pengeluaran lesen.
  • Menyiasat aduan.
  • Memberikan pendidikan kesihatan.
  • Menyediakan laporan bulanan 'Area Officer' dan laporan pemeriksaan premis makanan.
  • Pemeriksaan tapak/lokasi premis untuk tujuan pengeluaran lesen.
  • Operasi pemeriksaan dan memproses permohonan lesen.
  • Membuat kawalan dan pengawasan berdasarkan peruntukan undang-undang kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian.
  • Dialog dengan pelesen.

 

Unit Restoran

  • Menjadikan premis dalam kawasan MPK berada di dalam keadaan yang sentiasa bersih dan kemas.
  • Membuat laporan penilaian kebersihan premis makanan secara bulanan bagi pemilihan restoran terbersih.
  • Pemeriksaan tapak lokasi premis untuk tujuan pengeluaran lesen.
  • Membuat pemeriksaan susulan/pemantauan syarat-syarat lesen.
  • Pemeriksaan kes aduan awam, agensi Kerajaan dan swasta berkaitan kacau ganggu.
  • Pemeriksaan operasi dalaman dan bersama lain-lain Agensi kerajaan.
  • Menaikkan taraf restoran dan warung kopi dari segi struktur dan aspek estetik.

 

Unit Makanan

  • Mengawasi keadaan struktur premis.
  • Mengawal aktiviti yang dijalankan.
  • Mengawasi pekerja-pekerja pengendali makanan.

 

Unit Iklan/Industri Dan Am

  • Pemeriksaan ke premis kilang yang dilesenkan.
  • Pemeriksaan permohonan bagi lesen premis.
  • Menyediakan laporan pemeriksaan dengan cadangan dan syor.
  • Menyediakan syarat-syarat pengeluaran lesen:-
  • menimbulkan kacau ganggu
  • menyebabkan pencemaran beroperasi secara haram
  • Menerima dan mengambil tindakan atas aduan yang berkaitan.
  • Memberi pendidikan kesihatan khidmat nasihat dan dialog.

 

Unit Hiburan Dan Lain-lain Tred

  • Membuat pemeriksaan premis hiburan.
  • Membuat operasi ke atas pusat-pusat hiburan/premis.
  • Memastikan rekod unit dikemaskini.
  • Memastikan pemohon lesen hiburan dibuat mengikut tatacara.
  • Mengendalikan dialog/ceramah dan pendidikan kepada pelesen/pengendali makanan.
  • Memastikan kutipan hasil unit hiburan dan lain-lain tred dilakukan sebaik-baiknya.
  • Memastikan pematuhan syarat lesen premis dan lesen aktiviti bagi lesen hiburan.
  • Menguatkuasa permohonan unit-unit di bawah enakmen hiburan 1993 dan kaedah hiburan 1996 dan unit-unit kecil rumah urut MPK 1983.

Halaman: 1  2  

 

KALENDAR KALENDAR

25 Oktober 2014
I S R K J S A
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31 1 2