BAHAGIAN PENJAJA

Piagam Pelanggan

  • Memproses permohonan lesen penjaja dalam tempoh 1 hari bekerja bagi pusat jaja statik MPK, Penjaja Beredar, Pasar Lambak / Tani.
  • Memproses permohonan lesen penjaja dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan di atas tanah status tidak jelas.
  • Memastikan semua kekosongan gerai diisi dalam tempoh 1 bulan.
  • Memproses permit sementara penjaja bagi jualan buah bermusim, jualan ubat dan pasar terbuka diuruskan dalam tempoh 1 hari bekerja.

 

A. Tatacara Am Pengeluaran Lesen / Penyewaan Gerai

  • Semua permohonan untuk lesen penjaja, pasar lambak, penyewaan gerai Majlis dan gerai dalam pasar-pasar dibuat melalui borang permohonan BP1 yang diberi secara percuma.
  • Hanya borang yang lengkap layak diproses.
  • Pemohon-pemohon yang tidak berjaya mendapatkan gerai dikehendaki mengisi semula borang baru sekiranya berminat memohon lain-lain gerai yang kosong.
  • Pemohon-pemohon yang tidak berjaya mendapatkan lesen penjaja dan pasar lambak boleh membuat rayuan bertulis tanpa mengisi borang baru.
  • Permohonan dari bukan warganegara Malaysia tidak akan dilayan.
  • Permohonan untuk lesen penjaja, penama atau pembantu hendaklah berumur tidak kurang dari 16 tahun.

 

Objektif

  • Menyediakan peluang-peluang dan tempat perniagaan yang sempurna dan selesa di kawasan-kawasan strategik.
  • Mendukung dasar kerajaan untuk mencapai matlamat dasar pembangunan melalui pengeluaran lesen penjaja.
  • Meningkatkan kebersihan dan keindahan gerai/penjaja melalui perhubungan dua hala di antara bahagian penjaja dan peniaga-peniaga kecil.
  • Melahirkan kumpulan kakitangan yang produktif serta berprestasi tinggi melalui proses latihan, pembelajaran dan keupayaan.
  • Menyesuaikan dasar-dasar mengikut suasana atau perkembangan sosial-ekonomi semasa.

 

Matlamat

Menjadikan Kuantan sebagai satu perbandaran yang mempunyai satu sistem pembangunan penjaja dan peniaga kecil yang dapat memberikan sumbangan dari segi sosial ekonomi sejajar dengan pembangunan bandar dari segi kebersihan, keindahan dan kelancaran aktiviti lain.

 

Pentadbiran

Ketua Operasi

  • Melaksanakan program kebersihan aktiviti Bahagian Penjaja.
  • Menyelaras pendidikan kesihatan.
  • Menyelaras operasi Bahagian Penjaja.
  • Laporan bulanan aktiviti Bahagian Penjaja.
  • Menyelaras tindakan dengan lain-lain agensi.
  • Penyediaan kertas kerja teknikal Bahagian Penjaja.
  • Menghadiri mesyuarat yang diarahkan.
  • Membantu penyediaan budget.
  • Menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

 Unit Pentadbiran

  • Pengurusan surat-menyurat masuk dan keluar.
  • Menyediakan laporan prestasi Bahagian Penjaja.
  • Mengendalikan aduan Bahagian.
  • Pengurusan Fail Bangunan.
  • Menyelenggara kutipan hasil Bangunan.
  • Menguruskan perkhidmatan kaunter.
  • Mengendalikan bekalan alat tulis/peralatan Bahagian.
  • Menguruskan permohonan panjar wang runcit Bahagian.

Unit Gerai

  • Menguruskan permohonan gerai.
  • Menguruskan temuduga pengisian gerai.
  • Mengendalikan rekod gerai.
  • Mengendalikan dialog dengan pegerai.
  • Mengendalikan pendidikan kesihatan kepada pegerai.
  • Membuat kawalan dan menjalankan operasi kebersihan di gerai. 

Unit Penjaja

  • Menjalankan aktiviti temuduga terbuka bagi permohonan lesen penjaja.
  • Menyediakan maklumat temuduga lesen penjaja untuk Mesyuarat  Kelulusan Lesen.
  • Mengendalikan rekod penjaja.
  • Mengendalikan pendidikan kesihatan bagi penjaja.
  • Mengendalikan pendaftaran pengendali makanan
  • Mengendalikan pendaftaran pengendali makanan
  • Mengendalikan dialog kesihatan bagi penjaja.
  • Membuat kawalan dan pemeriksaan di tapak-tapak jaja.
  • Menjalankan operasi kebersihan.

 Unit Pasar Lambak / Pasar Tani

  • Menjalankan aktiviti temuduga terbuka bagi permohonan lesen pasar lambak.
  • Menyediakan maklumat temuduga lesen pasar lambak untuk dibawa ke Mesyuarat Kelulusan Lesen.
  • Mengendalikan rekod lesen pasar lambak.
  • Mengendalikan pendidikan kesihatan pasar lambak.
  • Mengendalikan dialog dengan pelesen pasar lambak.
  • Membuat kawalan dan pemeriksaan peniaga di tapak pasar lambak.
  • Mengendalikan pendaftaran pengendali makanan.
  • Mengendalikan penyediaan kad pengendali makanan.
  • Mengendalikan rekod pengendali makanan.

 

Halaman: 1  2  

 

KALENDAR KALENDAR

1 September 2014
I S R K J S A
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 1 2 3 4 5